Wednesday, January 24, 2007

Lawak orang asli..

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan didepan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya, "OOOO...patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt....!!"

5 comments:

iman said...

tak bapa lawak sangat la tapi ok lah bagi saya.lain kali,kalau nak buat lawak buat lawak sikit tauu...

iman said...

lawak la jugak tapi tak lawak sangat laa..bagi saya x lawak sangat...tapi awak sebenarnya buat lawak ke apaaa...

iman said...

tak lawak laaa..

iman said...

tak lawak laaa...

Holly Sapikit said...

Haha... takpa... kalau tak suka pun takpa... ini koleksi saya... bukan saya punya lawak... org lain melawak, saya hanya simpan je...