Wednesday, January 24, 2007

Seludup Pasir

Kisah ini berlaku pada beberapa tahun yang lepas semasa… Tak pasti pula… hehe… Ada seorang pakcik yang disyaki seludup barang dari Kelantan ke Thailand… Setiap hari polis sempadan tu mendapat complaint daripada orang kampung bahawa pakcik tersebut adalah seorang penyeludup… Yang peliknya, pakcik tu berbasikal dengan sebuah guni yang penuh dengan pasir… Setiap hari dia mengangkut seguni pasir masuk ke Thailand… Bukan polis tak check Cuma memang betul pasir… Sampel telah diambil dan di hantar ke Jabatan Kimia tetapi tiada kesalahan bagi menyeludup pasir ke Sempadan… So, sehingga la polis yang jaga sempadan tu nak pencen besok baru lah dia bertanya kepada pakcik tersebut…

Polis : Pakcik, pakcik buat nak tanyo sket boleh?

Pakcik : Boleh… Ghapo dio?

Polis : Bukan apa pakcik,… Sejak saya jaga sempadan ni… Dah 20 tahun saya terima aduan yang pakcik ni katanya seludup barang masuk Thailand… Tapi buat apa pakcik seludup pasir tu? Saya pelik lah pakcik… Besok saya dah nak pencen… boleh pakcik bagitau saya ke apa sebenarnya pakcik seludup?

Pakcik : Oo… Saya tak seludup pasir tuan…

Polis : Jadi ??? ???

Pakcik : Saya seludup basikal…

Polis : (Terpedaya)… hehe

No comments: