Hasan Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih barunya, Mek Ayu. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat SOGO. Oleh kerana mereka baru dua bulan berkawan jadi si Hasan Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat. Adik sepupu Hasan pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru sebab ada 'sale' hari itu. Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik sepupu Hasan! Selepas membayar Hasan Jendul pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh di orang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu. Surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie: Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih hadiah nie kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab adik sepupu San, San dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembab sangat. Tapi San tengok adik sepupu San pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak. San pilih warna hitam tu supaya tak nampak luntur. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. San suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je. Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab San rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan San. San harap Ayu akan pakai untuk San hujung minggu nie. Salam sayang untuk kekasihku, Mek Ayu...
P.S: Kalau Ayu nak pakai, San nampak stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut.
Yang Menyayangimu, Hasan Jendul
Moral: Jangan tergesa-gesa kalau buat apa-apa tu. Biar lambat asal selamat. Kengkawan tentu dapat bayangkan apa yang Hasan Jendul terima bila dia bertemu kekasih barunya Mek Ayu tu!...
Wednesday, January 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment