Sunday, September 24, 2006

Nyanyi

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang nenek tua bersama cucunya yang baru berusia dua tahun. Ibu bapa kepada budak ini tinggal di kota tetapi terpaksa meninggalkan anak mereka di kampung kerana ada urusan perniagaan penting. Pada satu malam, si cucu tersebut terjaga dan menangis. Nenek pun bertanya, "Kenapa cu?" Nak kencing, jawab cucunya. Nenek tua tersebut pun membawa cucunya ke tandas dan membiarkan cucunya membuang air. Oleh kerana si nenek tua amat memelihara tatasusila dan kesopanan, dia menasihatkan cucunya agar lain kali, jika hendak membuang air kecil, katakan 'nak nyanyi'. Si cucu mengangguk tanda faham. Selang beberapa hari, ibu bapa budak itu membawa anak mereka pulang ke kota. Kerana teramat rindukan anaknya, si ibu tak lekang daripada bermain dengannya. Tiba waktu tidur, anak kecil tersebut mula menangis. Terus kepada ibunya dia berkata, "Nak kenccc...". Dia teringat pesan neneknya lalu membetulkan ayatnya, "Nak nyanyi". Si ibu yang agak mengantuk dengan selamba menjawab, "Nyanyilah kat telinga ibu." Maka terlepaslah hajat si anak ke dalam telinga ibunya!

No comments: